Pada 10 April 2018 (Selasa) bertempat di Dewan Bestari j-QAF, SK Sungai Binjai telah diadakan Bengkel Kalam Sya'bi Peringkat Daerah bagi tahun 2018 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Program ini merupakan salah satu program di bawah perancangan JPD Bahasa Arab PPD Klang. Manakala, Panitia Bahasa Arab SK Sungai Binjai telah dilantik sebagai urusetia untuk program tersebut. Program ini telah dihadiri seramai 60 orang guru-guru Bahasa Arab yang mewakili semua sekolah kebangsaan di seluruh daerah Klang. 2 orang penceramah yang pakar dalam dikir barat Bahasa Arab telah dijemput untuk memberi ceramah iaitu Ustazah Norhasnida @ Shuhadah binti Yaa'kub dari SK Sungai Binjai dan Ustaz Mohd Ridzan bin Ab Sahir dari SK Bukit Naga. Perasmi majlis penutup bengkel ini adalah Ustaz Hj. Mohd Haidir bin Hj. Alias selaku Penolong PPD j-QAF Daerah Klang. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berlangsung:
No comments:
Post a Comment